Thursday 29 March 2012

abstrak

Permintaan penduduk dunia mahupun negara Malaysia terhadap barangan berasaskan minyak kelapa sawit dan sumber daripada pokok kelapa sawit telah meningkatkan terhadap bahan buangan daripada sumber tersebut. Industri minyak kelapa sawit juga penyumbang kepada peningkatan terhadap keluaran dalam negeri kasar ( KDNK ) malaysia. Keluaran dalam negeri kasar pada tahun 2011 adalah sebanyak RM21.9 bilion dan pendapatan eksport mencecah RM69.3 bilion, dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10)(2011-2015)  dan ini membuktikan bahawa jumlah permintaan terhadap industri semakin pesat. Oeh itu secara tidak lansung, peningkatan terhadap pemprosesan minyak kelapa sawit telah meningkatkan bahan buangan kelapa sawit. Jika pengurusan bahan buangan tidak dilaksanakan dengan sistematik, maka pencemaran alam sekitar fizikal dan manusia akan terganggu gugat. Oleh itu dengan mengambil inisiatif mengitar semula bahan buangan tersebut sedikit sebanyak akan membantu mengekalkan kesejahteraan alam sekitar fizikal dan manusia. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa dengan mengitar semula bahan buangan kelapa sawit akan memberikan penjimatan yang amat ketara kepada pihak syarikat yang menjalankan industri kelapa sawit. Berdasarkan kajian yang dijalankan di kilang kelapa sawit mostyn di bawah syarikat sime darby yang merupakan kilang tertua di sabah juga mengamalkan sistem kitar semula terhadap buangan sisa kelapa sawit. Melalui pengitaran semula kelapa sawit, syarikat berkenaan dapat pelbagai kebaikan daripada aplikasi bahan buangan kelapa sawit tersebut.













World population and demand for Malaysia's palm oil-based products and resources
from the oil palm has increased the waste of resources. Palm oil industry also contributed to the increase of gross domestic product (GDP) malaysia. Gross domestic product in 2011 amounted to RM21.9 billion and RM69.3 billion in export earnings, in the 10th Malaysia Plan (RMK-10) (2011-2015) and this proves that the total demand for the rapidly growing industry. Oeh it indirectly, an increase of palm oil has increased the oil palm waste. If waste management is not carried out systematically, and physical environmental pollution and human will be affected final. Thus taking the initiative to recycle waste to some extent will help maintain the well being of human and physical environment. Various studies have shown that the recycling of waste palm oil will provide significant savings to the company carrying the oil palm industry. Based on studies conducted in the palm oil mills mostyn under Sime Darby is the oldest mill in Sabah also have a system of recycling of waste oil palm. Through the recycling of oil palm, the companies would benefit from the application of a variety of oil palm waste.





harujukudihatimu

Minyak Sawit Penyumbang Pertubuhan Ekonomi Sabah
by YUSOP TEPPO. Posted on August 1, 2011, Monday
Sudhakaran menyampaikan cenderakenangan kepada Pang yang mewakili Ketua Menteri.
SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata sektor minyak sawit dijangka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah dan negara dalam 10 tahun akan datang seperti yang dibayangkan oleh Model Ekonomi Baru (MEB) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
Katanya, industri minyak sawit telah muncul sebagai kuasa utama pertanian dan merupakan penyumbang yang penting kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri, dan mempunyai asas yang kukuh dan berdaya tahan.
“Kerajaan Negeri menyedari mengenai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh industri ini,” katanya ketika merasmikan majlis makan malam sempena sambutan ulangtahun ke-10 Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Sabtu.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Peter Pang En Yin.
Musa berkata, industri minyak sawit tidak bermula sehinggalah pada 1958 apabila negeri ini menanam kelapa pertama di dalam plot 14 ekar.
“Pembangunan adalah perlahan pada mulanya. 12 tahun selepas usaha yang pertama, kawasan-kawasan yang ditubuhkan dengan kelapa sawit telah meningkat kepada 38,000 hektar pada tahun 1970.
“Hari ini, senario telah berubah di mana dengan 1.4 juta hektar, Sabah telah menjadi negeri terbesar penghasil minyak sawit di negara ini dengan menyumbang 31 peratus daripada pengeluaran minyak sawit negara.
“Tahun lalu, Sabah telah menghasilkan 5.136 juta tan minyak sawit yang mengaut hasil sebanyak RM13.56 bilion,” katanya.
Dalam perkembangan yang lebih positif, Musa menegaskan kemajuan teknologi dan penyelidikan telah banyak membuka pintu untuk sektor minyak sawit dari yang hanya menyumbang kepada keperluan dunia untuk minyak yang boleh dimakan, kepada yang dapat mewujudkan nilai tambah produk hiliran.
Sisa dalam bentuk biomass boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik, dengan beberapa projek yang sedia ada di Sabah, katanya.
Beliau berkata, oleh kerana kebimbangan global terhadap perubahan iklim, biomass menawarkan peluang untuk menceburi bidang tenaga boleh diperbaharui, dengan mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil yang tertakluk kepada harga pasaran.
“Terdapat banyak potensi untuk kemajuan tenaga dari biomass, terutamanya dari sisa kelapa sawit di Sabah. Kerajaan Negeri juga berharap para penanam dan pengilang memberikan perhatian khusus kepada isu alam sekitar, terutamanya pemuliharaan hidupan liar yang wujud di kawasan-kawasan berhampiran dengan ladang-ladang di pantai timur Sabah,” katanya.
Musa berkata, bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan, para penyelidik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di masa akan datang akan dapat melindungi hidupan liar yang pelbagai dan unik di Sabah.
Beliau merasa gembira kerana sesetengah syarikat telah memutuskan untuk tidak menukar tanah-tanah hutan mereka malah menyimpan plot-plot ini untuk habitat hidupan liar dan ungggas.
Mengenai MPOA, beliau berkata penubuhan cawangan MPOA Sabah suatu dekad yang lalu telah membantu sektor minyak sawit memasuki fasa yang lebih matang dalam pembangunan dan perkembangannya.
“Sebagai badan yang bersepadu, saya tidak ragu-ragu bahawa MPOA telah mampu untuk mewakli keperluan kompleks industri di sini dengan lebih berkesan, dan telah menyediakan bukan hanya satu platform yang sama untuk pemain, tetapi juga berperanan penting dalam membuat keputusan melalui konsensus,” katanya.
Turut hadir, Pengerusi MPOA Sabah, N B Sudhakaran, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Ir James Wong, Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali dan jawatankuasa tertinggi MPOA.

Khamis Jun 10, 2010
RMK10 - Kelapa Sawit
KUALA LUMPUR: Malaysia menetapkan sasaran untuk meningkatkan keluaran industri minyak sawit kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM21.9 bilion dan pendapatan eksport mencecah RM69.3 bilion, dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10)(2011-2015).
Untuk mencapai sasaran itu, kerajaan akan mempromosikan Malaysia sebagai hab global minyak sawit dan destinasi pilihan pelaburan asing seperti dalam bidang pengeluaran produk berasaskan oleokimia, penyediaan kemudahan pukal dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
Pada 2009, sektor ini menyumbang RM17 bilion atau 3.3 peratus kepada KDNK dan pendapatan eksport bernilai RM49.6 bilion, kata Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam Laporan Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015) yang dikeluarkan di sini hari ini.
Inisiatif lain yang akan dilaksanakan ialah membangunkan Kluster Industri Berasaskan Minyak Sawit (POIC) sebagai kawasan bersepadu untuk mempromosi aktiviti hiliran seperti biobahan api, oleokimia, biobaja, produk makanan khusus, produk biojisim, nutraseutikal dan farmaseutikal.
Menurut laporan itu, masih wujud peluang yang belum diteroka sepenuhnya bagi meningkatkan pertumbuhan sektor ini, terutama dalam aktiviti hiliran.
Kerajaan juga menggalakkan amalan pertanian baik, pengurusan agronomik dan mekanisasi, terutama di kalangan pekebun kecil, dan melaksanakan perolehan secara berpusat input pertanian seperti baja dan racun perosak untuk mengurangkan kos input di kalangan pekebun kecil.
Malaysia merupakan peneraju global dalam industri minyak sawit dan oleokimia asas.
Dalam tempoh 2005 hingga 2009, jumlah kawasan tanaman kelapa sawit meningkat sebanyak 15.8 peratus kepada 4.69 juta hektar, dan pengeluaran minyak sawit mentah meningkat sebanyak 17.4 peratus kepada 17.6 juta tan.
Walaupun pencapaian tersebut membanggakan, industri minyak sawit masih menghadapi isu produktiviti yang rendah di kalangan pekebun kecil, kos pengeluaran yang semakin meningkat dan kebergantungan kepada buruh asing dalam aktiviti huluan. - BERNAMA